产品 文章 定制单

T : 400-007-3237

会员登录

ISP Amerika Pilih Asymmetrical Horns RF elements untuk Anugerah Produk Terbaik Tahunan WISPA 2019

发布时间:19-10-31 访问量:1785 来源:海讯社

Rangkaian produk Asymmetrical Horn Antenna RF elements telah dipilih oleh ahli-ahli Wireless Internet Service Providers Association (Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar (WISPA)) untuk Anugerah Produk Terbaik Tahun 2019 di WISPAPALOOZA 2019 di Las Vegas.

9.png

2019 WISPA Product of the Year Award: RF elements

"Kami gembira dapat melihat kepercayaan terhadap produk dan teknologi kami daripada ISP tanpa wayar, pelanggan utama kami. Teknologi memenangi anugerah kami bukan sahaja meningkatkan akses internet jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan-kawasan yang gagal memperolehnya melalui teknologi tradisional, ia turut membolehkan ISP untuk menggandakan kelajuan yang tersedia secara serentak. Kami mempunyai misi untuk membuat perubahan penting seluruh industri. Produk-produk kami amat berbeza daripada antena tradisional dalam aspek ini, sebagaimana pendekatan pasaran kami. Tatkala vendor-vendor aliran utama kami memberi tumpuan untuk memenuhi harapan pelanggan, kami sebaliknya amat menumpu untuk benar-benar menyelesaikan masalah terbesar mereka. Kami melakukan perkara yang betul untuk seluruh industri dan kami mempunyai visi yang amat jelas tentangnya dan juga tujuannya," kata Juraj Taptic, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif RF elements.

"Setelah kami mula memperkenalkan teknologi TwistPort dan Symmetrical Horns kami, hampir tiada sesiapa yang percaya dengan apa yang kami katakan. Kami meluangkan masa hampir dua tahun secara berterusan dengan hanya mencuba untuk meyakinkan pelanggan kami untuk menguji produk kami. Kini, kami telah berjaya mengubah industri dari segi bagaimana mereka membina dan menggunakan rangkaian tanpa wayar," kata Tasos Alexiou, Evangelis Produk untuk RF elements. "Usaha kami untuk memberi kesedaran berhubung pengurangan hingar, had spektrum, tanggungjawab vendor dan pendidikan WISP kini menampakkan hasil. Kami gembira kerana kami diberi peluang untuk mengambil bahagian secara aktif menerusi transformasi besar ini dalam komuniti WISP. Saya boleh berjanji bahawa produk-produk masa depan kami akan terus menggegarkan industri."

Latar Belakang RF elements 

RF elements menyediakan teknologi untuk tanpa wayar yang pantas dan mampan. RF elements menyelesaikan isu-isu gangguan dalam rangkaian tanpa wayar oleh teknologi proprietari berdasarkan antena menolak hingar, penghubung pandu gelombang nirhilang sebenar dan kebolehskalaan sistem. Teknologi proprietari RF elements membolehkan penggunaan Spektrum yang boleh dikawal dan mampan, yang merupakan sumber terhad dan memainkan peranan penting untuk akses umum kepada internet jalur lebar. RF elements beribu pejabat di Bratislava, Slovakia dengan sokongan pasaran tempatan di A.S., Ireland dan Afrika Selatan. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi 



©版权 2006-2022上海易欢文化传播有限公司

©版权 2006-2022上海易欢文化传播有限公司

中国站 关于我们 行业智库 定价 案例 客服中心

首页

在线咨询

免费咨询

免费注册

分享到 - 微信X