Carlsberg Bergerak Selangkah Lebih Hampir Cipta Botol Bir 'Kertas' Pertama Dunia
发布时间:19-10-12 访问量:2251 来源:海讯社
- Dua prototaip kajian baharu untuk Botol Gentian Mesra Alam diperkenalkan – menyimpan bir buat julung kalinya
- Lebih banyak syarikat terkemuka kini menyatakan komitmen kepada teknologi botol kertas
Sidang Kemuncak Datuk Bandar Dunia C40: Carlsberg Group telah memberi perkembangan terkini tentang perjalanannya untuk mencipta botol bir 'kertas' pertama dunia yang diperbuat daripada gentian kayu diperoleh secara mampan yang 100% berasaskan bio dan boleh dikitar semula sepenuhnya.
Carlsberg moves a step closer to creating the world’s first ‘paper’ beer bottle. Pictured is a new research prototype for Carlsberg’s Green Fibre Bottle, which contains beer for the first time.
Carlsberg telah memperkenalkan dua prototaip kajian baharu untuk Botol Gentian Mesra Alamnya, yang merupakan 'botol kertas' pertama untuk menyimpan bir. Carlsberg turut mengumumkan bahawa ia telah disertai oleh syarikat-syarikat terkemuka global yang lain yang bersatu menerusi visi mereka untuk membangunkan pempakejan mampan melalui kemajuan dalam teknologi botol kertas.
Perkembangan ini merupakan suatu kesinambungan kepada perjalanan inovasi pempakejan mampan Carlsberg dan merupakan bahagian penting dalam program kemampanannya, Together Towards ZERO, termasuk komitmennya terhadap emisi karbon SIFAR di kilang bir miliknya dan pengurangan 30% dalam jejak karbon rantaian nilai penuhnya menjelang tahun 2030.
Dua prototaip baharu
Kedua-dua prototaip kajian baharu ini diperbuat daripada gentian kayu yang diperoleh dengan mampan, boleh dikitar semula sepenuhnya dan mempunyai penghalang dalaman untuk menyimpan bir. Satu prototaip menggunakan penghalang filem polimer PET boleh kitar semula yang tipis, dan satu lagi prototaip merupakan penghalang filem polimer PEF 100% berasaskan bio. Prototaip-prototaip ini akan digunakan untuk menguji teknologi penghalang tatkala Carlsberg mencari penyelesaian untuk mencapai cita-cita utama mereka untuk botol 100% berasaskan bio tanpa polimer.
Myriam Shingleton, Naib Presiden Pembangunan Kumpulan di Carlsberg Group, berkata: "Kami terus menginovasi dalam seluruh format pempakejan kami dan kami berasa sukacita dengan kemajuan yang dibuat oleh kami untuk Botol Gentian Mesra Alam setakat ini. Meskipun kami belum sepenuhnya mencapai visi kami, kedua-dua prototaip ini merupakan langkah penting ke arah merealisasikan cita-cita utama kami untuk membawa pencapaian penting ini ke pasaran. Inovasi mengambil masa dan kami akan terus berkolaborasi dengan pakar-pakar terkemuka bagi menangani cabaran teknikal yang tersisa, sebagaimana yang kami lakukan dengan Snap Pack kami yang mengurangkan plastik."
Rakan-rakan kongsi baharu turut serta
Carlsberg memulakan projek tersebut untuk membangunkan botol yang diperbuat daripada gentian kayu yang diperoleh secara mampan, 'Botol Gentian Mesra Alam' pada tahun 2015 bersama-sama pakar-pakar inovasi ecoXpac, syarikat pempakejan BillerudKorsnäs dan penyelidik-penyelidik pasca kedoktoran daripada Danish Technical University, yang disokong oleh Innovation Fund Denmark. Gabungan usaha ini telah menghasilkan kemunculan Paboco®, Syarikat Botol Kertas – satu usaha sama antara BillerudKorsnäs dan pakar pembuatan botol Alpla.
Carlsberg kini akan disertai oleh The Coca-Cola Company, The Absolut Company dan L'Oréal dalam satu komuniti botol kertas, yang dilancarkan hari ini oleh Paboco®. Komuniti ini menyatukan syarikat-syarikat dan pakar-pakar global yang terkemuka dengan visi untuk memajukan pempakejan mampan, menawarkan produk-produk berkualiti tinggi sambil mengurangkan kesan terhadap alam sekitar oleh mereka.
Myriam Shingleton menyambung: "Kerja-kerja bersama rakan-rakan kongsi kami sejak tahun 2015 terhadap Botol Gentian Mesra Alam menunjukkan bahawa inovasi seperti ini dapat dijayakan apabila kita bekerjasama. Kami berasa gembira kerana syarikat-syarikat lain yang sealiran kini telah menyertai kami sebagai sebahagian daripada komuniti botol kertas Paboco. Perkongsian seperti ini, yang disatukan oleh keinginan untuk mencipta inovasi yang mampan, merupakan cara terbaik untuk membawa perubahan sebenar."
"Kami didorong oleh usaha kami yang berterusan ke arah yang lebih baik, untuk mencipta penyelesaian pempakejan yang lebih mampan yang dapat membantu orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih mampan. Kadang kala, ia bermakna perlunya untuk memikirkan semula sepenuhnya bagaimana sesuatu perkara dilakukan – menerobos sempadan teknologi sedia ada dan menangani cabaran teknikal ketika ia muncul."
Gittan Schiöld, Ketua Pegawai Eksekutif interim Paboco® berkata: "Segala-galanya tentang pasukan ini! Kami berkolaborasi merentas rantaian nilai, berkongsi risiko dan bersatu menerusi visi kami bahawa botol kertas akan menjadi suatu kenyataan dan secara dasarnya mengubah industri ini buat selama-lamanya."
Usaha berterusan ke arah lebih baik
Tumpuan Carlsberg terhadap inovasi pempakejan mampan bukanlah sesuatu yang baharu. Pada tahun 2018, pembuat bir Denmark ini melancarkan beberapa inovasi pempakejan termasuk pembalut kecut kitar semula, dakwat label lebih mesra alam dan 'Snap Pack' inovatif, yang menggantikan pembalut plastik yang membaluti pek enamnya dengan penyelesaian yang sebaliknya dapat melekatkan tin-tin bersama-sama.
Penambahbaikan pempakejan Carlsberg merupakan sebahagian daripada kemajuan sekian lama olehnya terhadap pembaikan dan inovasi termasuk membangunkan penemuan saintifik seperti yis tulen dan skala pH.
Carlsberg moves a step closer to creating the world’s first ‘paper’ beer bottle. Pictured are the two new research prototypes for Carlsberg’s Green Fibre Bottle, which both contain beer for the first time and are shown alongside the sustainably-sourced wood fibre they’re made from.